Sunday, March 15, 2009

Catur Bestari


Setelah siangnya aku n d geng mengerah tulang empat kerat di library, inilah balasannya setelah matahari membenamkan wajahnya. CATUR BESTARI. Sudah lama rasanya kami meninggalkan permainan yg cukup menguji minda ini.. Haha.. Best3x (three time syndrome tue hehe).. Aku pun dah lupa cara2 permainanya.. walaupun nampaknya seperti senang, tetapi ianya cukup menguji minda berfikir 'outside the box'. Tp memandangkan semua pemainnya malam nie hebat-hebat belaka, maka aku kalah dan jatuh di tempat ke-3.. oklah tue.. utk pengetahuan semua pemain malam nie termasuk lar aku adalah merupakan pemain peringkat kebangsaan... jadi kami nie bukan calang-calang tau dalam permainan catur bestari nie.. wahahaha sempat angkat bakul sendiri tue.. Sesiapa yg kurang tau dalam permainan nie, carilah maklumat dia guna MR GOOGLE.. inilar pemain-pemain yg cukup hebat itu.. walaupun kalah peringkat kebangsaan.. hahaha Venue: My Bilik


Dari kiri : ADIK yg tak adik sgt, DAUS yg sah2 ko dah pakcik, AKU yg dah put on wieght OMG!!


Dari Kanan : Syapit d jaiho.. haha benda apa pun tak tau.. wakaka


m fikri


Saturday, March 14, 2009

Hujung Minggu Yg Tension!!!!

Salam,

Hujung minggu... Memang dinanti, dan kadang-kadang penantian itu satu penyeksaan.. Setelah lima hari lapan jam sehari berkerja keras membanting tulang empat kerat, hari ini lar hari yang paling ditunggu.. Bukan sahaja mereka yg bekerja, malah golongan yg masih bergelar student. Mana tidaknya, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan. Ada yg memilih untuk beriadah, shopping, jalan-jalan melihat keindahan alam dan sebagainya. Ada juga yg memilih sekadar berehat dirumah, melayan enak keempukan tilam dan kelembutan batal.. melayan rancangan tv yg entah apa, dan sebagainya.. Bermacam-macam akt boleh dilaksanakan.. Bagi yg berkeluarga ataupun tidak. Hendak atau tidak sahaja. terpulang kepada individu.

Tapi anda?? Bagaimana dgn hujung minggu anda??? Aku??? kalau nak diikutkan, hujung minggu kali nie lar yg paling aku nak elakkan. Terlalu byk kerja yg hendak dibuat. Penuh aktiviti yg hendak dilakukan di dalam planner aku.. bukannya membolehkan aku merehatkan minda dan fizikal.. sebaliknya, lagi memerlukan kebolehan untuk memerah otak sedalan-dalamnya.. Aduh.. sedih-sedih.. Tapi apa nak buat, itular harga yg harus dibayar.. Dah lar td pagi baru jer habis test, sekarang dah kena lepak berumah di library nie.. Kalau nak ikut hati nie, mmg mencari bantal dan tilam lar.. Esok sekali lagi library menjadi rumah kedua ku.. Malam nie, herm.. bincg asign lagi.. Nasib baik lar ko ada Zamin.. klu tak, k.o lar aku.. (credit to Zamin nie.. Jgn tergelak sudahZamin kalau baca hahaha) ko la penyelamat kami.. hehehe bangga lar tue??? Nie pun aku sekadar mencuri masa.. Tgh mencari jurnal.. pasal Stress., Any idea bout Stress??? Asign lagi toga nak kena hantar, due date dah dekat.. Get UP Boys!!!! Dont play2 ha!!!! Termasuk aku lar tue.. Ok lar.. aku terpaksa chow dulu.. Nanti tak tercari jurnal aku.. hehe..Apa2 pun selamat berhujung minggu!!! Dengan lagu Marron 5.. sunday afternoon ;)

m fikri

Friday, March 13, 2009

Insan MENYUMBANG, bukan DISUMBANG

Salam Jumaat,

Sekadar renungan, khutbah hari nie di Masjid UTM berkisarkan tentang zakat. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim utk menunaikannya. Terutama yg berkemampuan.

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG".

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Manakala zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Hukum zakat:
Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti shalat, haji, dan puasa) yang telah diatur secara rinci dan paten berdasarkan Al-Qur'an dan As Sunnah, sekaligus merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia.

“Ambillah (sebahagian) dari harta-harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (al-Taubah, 9: 103).


Sabda Rasulullah saw

“…tidak difardhukan atas kamu sesuatu pun pada emas sehingga ada bagi kamu dua puluh dinar; kalau engkau ada dua puluh dinar, dan ia pula genap setahun lamanya dalam simpanan kamu, maka zakatnya ialah setengah dinar…” (riwayat Ahmad dan Abu Dawud)


Terdapat hikmah-hikmah disebalik kewajipan bagi melaksanakan zakat ini.. Antaranya seperti membersihkan diri, harta, mengurangkan rasa irihati org yg kurg berkemampuan, beribadah, mewujudkan hubungan, dan byk lagi. Apa yg paling berkesan dihati ketika mendengar khatib membaca khutbah, 'Jadilah insan yang menyumbang, bukan di sumbang'. Semoga kita mendapat sedikit iktibar dan pengajaran darinya.. InsyaAllah..

m fikri

Thursday, March 12, 2009

Dragon Ball Evolution


Pertamanya aku bukan lar pakar dalam menilai sesebuah movie ataupun cerita. Nak kata aku bukan pengkritik, tak boleh juga sebab apa yg bakal aku tulis nie macam mengkritik juga. Sort of lar tue.. Pengkritik yg tak diiktiraf lor.. hahaha Ok strai8 to the point.. 1stnya aku nak rate kan cter nie lar.. from 10 berapa bintang yg aku nak kasi. herm susah jugak tue.. bagi aku lar, boleh lar aku bagi 6 out of 10.. erm.. macam tinggi lar.. boleh lar tue.. huhu.. boleh ker?? macam tak boleh jer.. letak 4.5 lar.. ok tak??? erm 5 lar.. hehe tak tetap pendirian nie.. huhu kenapa 5??? Persoalan yg bagus.. Inilah jawapannya tuan hamba.. yg pertamanya, cter nie bukan cter HARRY POTTER.. hahaha aku nie hard fan lar harry potter.. bukan lar saja jer tue..

Ok lar serius. Bagi aku cter nie kalau diolah dgn lebih baik aku rasa mesti best..Duration cter nie hanya 90 minit. Sekejap sangat. Tak puas nak tgk.. lepas tue aku rasa la kan lakonan pelakon dia pun bo tahan cuma nyer kalau digarap dengan lebih bagus oleh pengarah dia (James Wong.. betul ker nama pengarah dia nie aku pun tak tau.. malas nak guna mr google tue) tue lebih baik.. bukan nak kata lakonan dia tak bagus, bagus aku puas hati.. terutamanya dr justin chatwick.. cuma apa nyer ianya kurang membawa kesan kepada aku.. terutama part bila goku nak seru dragon keluar tue.. eh macam apa jer.. certain-certain part atau scene jer dalam tue yg betul2 dpt capai hati aku nie.. hehe nak buat cam mana dah aku nie sensitif.. mesti kena feel betul2 kalau tgk cter.. br dapat rasa apa yg diorg rasa.. lakonan master roshi pun aku rasa kureng.. n aku rasa chow yun fat terlalu mencuba utk bawa watak nie.. sebab watak nie kan funny sikit.. dgn dia suka pompuan nyer.. entah lar macam tak sesuai jer nak bawa watak tue chow yun fat.. yg lain tue entah lar.. tahap ok jer bagi aku.. tapi aku suka lar emmy rossum tue.. comel jer dia.. hahaha

Ok kita gi bab lawan lak.. Serius!!! Sikit sangat.. nak tau goku mengalahkan Picacho atau picolo dalam komek sekejap sgt.. lepas goku jadi gorilla n lepas dia bunuh master roshi tue n lepas tue dia jadi goku balik terus dia buat kame hame ha tue.. terus pikolo kalah.. apa kes???? sekejap sangat tau.. gila lar.. lagi satu kan dragon dia.. macam hampeh.. macam anak dragon jer.. kecik.. kan dalam komek kita tgl bukan meain besar n berlilit2 lagi kan?? ini tak ada.. bygkan pnjg lengan anda jer.. aiya.. ha lagi satu kan, goku tukar jadi gorilla mmg waktu bulan mengambang.. tapi ekor dia tak ada.. mana bo tukar kan?? hahaha kecik pula tue gorilla dia.. haih.. entah lar malas aku nak kritik lagi.. aku pun dulu komek dari 1-43 semua ada.. mungkin apa yg aku expect macam dalam buku tp mustahil kan dia nak buat macam tue.. dia mungkin juga nak cut budget dia.. entah lar.. kurin tak ada.. tapi ok lar dari segi macam mana dia nak tarik penoton.. ada scene2 yg lawak.. macam waktu goku bubuh minyak rambut, ada lar scene2 master roshi.. goku jadi kuat pun macam tak ada training yang funny dgn kurin tue.. mana ada sgt training..
Dah lar malas aku nak komen lagi.. klu nak herm berjela-jela aku leh kritik n komen.. yg aku rasa dia tak meet my expectation.. mungkin my expect' is too high.. mana tak nya.. aku nak comparekan cter nie ngan transformer, iron man, harry potter.. dah sah2 cter nie aku suka.. sampai iron man aku tgk wayang lebih dr 3 kali tau.. tp mustahil aku nak tgk balik dragon ball nie.. hehehe yg aku rasa best pun td sebab dapat tgk thriller transformers.. best nya.. tak sabar nak tunggu.. yg pntg byk geng jahat dtg bumi.. ops lupa nak bagi tau.. yg pntg aku rasa kan ada dragon ball kedua.. sebab hehe nak pecah rahsia nie.. pikolo tak mati.. dia hidup.. goku tak bunuh dia.. haha.. apa2 pun kepada peminat setia goku.. pg lar tgk.. nak kata worth it.. herm.. its worth but really lar.. cuma kat tgv sekang dah ada student price.. weekdays b4 8pm tyngan harga 8.. further inform visit tgv lar ea.. hahaha kat sebelah nie goku ngan
bulma kat atas tue dari kiri hamba pikolo, bulma, goku n chi chi.. chi- chi tak garang sgt lar.. hahaha aku sbnrnya tak ada idea.. keluar jer dr wayang tue aku dah tak ingat dah sgt pasal cter nie.. c?? faham2 jer lar sendiri klu dah macam tue... kalau korg semua tak bersetuju, i'm sory.. this is just what i thought.. aku punya opinion jer.. nak setuju atau tak.. terpulang.. kalau aku rajin n aku teringat aku comment balik.. hehehe b4 aku out, nie lar tiket dia..nanti lar aku upload gmbr.. tak bo lar.. haha

Nantikan lagi satu cter pasal aku di ganggu ketika tidur.. hehehe cau cin cau..

m fikri

Wednesday, March 11, 2009

Kejadian Aneh 12 Rabiulawal

Salam Pertemuan,

Bertemu lagi walaupun rasanya baru semalam aku post something di sini.. Sejak dua menjak nie, asyik benar rasanya aku menulis coretan hidup di sini. Mungkin sekadar mengisi masa lapang walaupun masa begitu mencemburui diri aku. Mana tidaknya, seronok rasanya dapat melarikan diri seketika dari kesibukan dunia. Kesibukan seorg pelajar kadangkala mengalahkan kesibukan seorang Perdana Menteri. Itulah yg selalu aku ungkapkan tatkala mengajak kawan keluar ttp dia menolaknya.. aku faham.. aku juga masih seorg student. Gurauan antara dua org kawan jer tue.. Itulah harga yg perlu dibayar bila bergelar seorg student.. hendak diikutkan, masih banyak asign yg perlu dibuat, masih ada ujian yg setia menunggu tapi itulah.. kalau dah sifat malas itu menguasai diri.. semua nya terbengkalai.. huhu..

Tapi bukanlah sekali lagi aku hendak menukil apa yg berlaku dalam kehidupan aku, sudah jemu rasanya aku melihat nukilan pasal diri.. jadi aku rasa ada baiknya hari ini aku berkongsi sesuatu yg mana aku rasa mungkin diluar sana mengetahuinya.. tapi bagi aku, masih tidak diketahui semuanya.. Kejadian-kejadian aneh yg berlaku ketika kelahiran Junjungan Besar kita. Aku rasa terpanggil utk sama berkongsi pengetahuan yg aku baru sahaja dapat ketika sedang bosan menunggu bermulanya kuliah.. Sesetangah kejadian mungkin sudah biasa bagi kita mendengarnya.. ttp ada kejadian lain yg pertama kali kiranya aku membacanya.. walaupun tanggal 12 Rabiluawal sudah hampir empat hari berlalu..

Kelahiran nabi disambut seorang bidan bernama Siti Syifa'.. Dari depan mata Siti Syifa' hinggal tepi dunia dan juga ke lapisan langit ketujuh menyaksikan kejadian aneh yg berlaku. Aku ringkaskan jer lar ea memandangkan kelas aku bermula seawal jam 8 pagi..(habis tue sempat lagi tua nak post kat blog.. aiya ;) So kejadian-kejadian aneh yg berlaku antaranya ialah:

  • Baginda Rasul saw TIDAK MENANGIS sebaik sahaja keluar dari perut ibunya. Belum pernah terjadi dalam sejarah peradaban manusia bahawa bayi yg baru keluar dari perut ibunya tidak menangis.
  • Sebaliknya baginda telah BERSIN. Inilah yg anehnya. Kejadian nabi bersin samalah dengan kejadian kepada bapa kita Nabi Adam a.s ketika Allah memasukkan roh ke dalam badannya, hidup dan bernafas, tiba-tiba beliau bersin.
  • Sejurus nabi dilahirkan, tiba-tiba rumah Baginda menjadi terang benderang seperti disuluh cahaya lampu elektrik pada zaman ini sehingga rumah Abdullah itu keadaanya menjadi seperti waktu siang. Rumah Nabi hanya diterangi cahaya pelita atau damar sahaja.
  • Berhala-berhala yang berdiri megah sekeliling Kaabh semua tumbang seperti ditolak oleh sesuatu tenaga yg kuat dari arah Kaabah.
  • Api di Parsi yang menjadi pujian rakyat Parsi yg beragama Majusi yg sejak dinyalakan tidak pernah padam itu tiba-tiba sahaja padam.
  • Istana maharaja Parsi, Kisra pula bergoncang
  • Di langit pula, malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yg akan membawa obor utk menyuluh umat manusia yg sedang bergelumang hidup di dunia kesesatan.
Semua kejadian ini berlaku ketika Siti Aminah melahirkan putera sulungnya yang tunggal. Ini hanyalah sebahagian kejadian yg berlaku. Dan banyak lagi rasanya kejadian pelik@aneh yg berlaku ketika menyambut kelahiran Baginda rasul saw.. Seolah-olah menyambut kelahiran Baginda kan?? huhu Semoga kita dapat berkongsi pengetahuan bersama..

(Esok member ajak tgk Dragon Ball.. Nak pergi ker tak nak???? Huhu)

m fikri

Karnival Kerjaya UTM


Time: 8.00am - 5.00pm

Venue: Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor.

For further information and enquiries, please contact:

Career Carnival 2009 Secretariat

Pusat Kaunseling & Kerjaya (PKK)

Universiti Teknologi Malaysia

81310, UTM Skudai, Johor

Phone No.: 07-553 6666 / 6677 / 6662

Fax: 07-553 6667



Webpage : http://utm.my/careercarnival09/


Bad Day!!!

Salam,

Bukan lar niat di hati untuk bercerita tntg lagu yg dibawa oleh daniel powter ini, walaupun lagu-lagu alunan suaranya menjadi pujaan hati, tetapi realitinya aku lah yg berhadapan dgn hari tersebut.. aduh!!!!

Kdg-kdg hari yg disangka cerah tetapi hujan tetap menyimbah bumi. begitular juga dengan kehidupan manusia. Ada hari-hari yg dilalui dengan penuh gembira, terserlah dan terpancar di muka. Usah disorok, disembunyi semua melihatnya. Manakan tidak, tidak lekang senyum dibibir.Menampakkan susunan gigi putih cantik terletak disitu. kalau lar putih. kalau tak?? hehe bukan main banyak pahala yg masuk. Sambil bergembira, sambil bersedekah. Apa salahnya kan?? Siapa yg x nak harinya penuh dengan kegembiraan?? Semuanya nak. Tak perlu ditanya, dipersoalkan..

Ada juga sebaliknya. Keinginan tidak selalunya dapat dipenuhi. Mintalah itu dan ini hari ini. Jika mendapatnya, bersyukurlah. Ttp apa akan jadi jika sebaliknya?? Begitulah nasib yg menimpa diri aku hari ini. Bukan dipinta, bukan juga meminta, ianya datang begitu sahaja. Tanpa sempat aku menangkis, tanpa sempat aku menepis. Aduh!!! Sudah jatuh ditimpa tangga. Walaupun belum pernah merasa, tp daya imiginasiku kuat merasa akan kesakitannya. Anda juga begitu bukan? Bukanlah niat utk mengadu domba, utk itu dan ini, kerana ianya bukan lar disukai oleh Yang Esa, ttp sekadar hanya mencoret apa yg tersurat dan tersirat dihati. Menulis juga boleh mengurangkan stress bukan?? Begitulah caranya diri ini berhadapan dgn musuh kali ini. tulislah walau di mana jua, kerana aku yakin ianya mampu mengurangkan sedikit derita yg ditanggung. Derita ker?? Macam parah jer bunyinya.. hehehe ;) Walau parah atau derita macam mana sekalipun,life must go on. Remember, test today!! Buanglah segala perasaan yg menghantui diri. Kembalikan diri ke jalan yg benar.. (study ler tue). Apa yg terjadi biarlah tersirat dihati. Tak perlulah merungkaikannya. Buat apa menyusahkan org lain sedang mereka sendiri berhadapan dgn 1001 macam masalah??? Hiduplah hidup anda dengan menganggap setiap hari adalah hari yg mengembirakan.. Buanglah yg keruh, ambil yg jernih.. Biarlah ianya menjadi rahsia. Rahsia di hati siapa yg tahu??? Ia kan??

Sekadar mencuri masa mencoret di dalam blog ini.. Nak study pun, minda melayang jauh nun di sana..jauh.. sejauh mata memandang.. ;) Di pagi rabu yg hening nie.. sama-sama lar kita mengharapkan ianya berjalan dengan baik apbl matahari menunjukkan wajahnya.. Ind yg membaca dan terasa, bukan lar niat dihati utk memendam rasa.. Jgn anda bimbang.. Fikri tetap fikri.. sentiasa ceria dan gembira.. (ish sempat nak interfrem tue) hehe Jgn risau.. i am always d way i am.. bak kata timberland.. eh silap.. timbaland.. uhuuhu Setakat ini sahaja pertemuan kali nie.. semoga bertemu tinta di lain hari..

m fikri